googlef23b7234672601bb.html
 

about boss a

Ahmad Azhari Rosli

CEO / Founder of SugarBomb

Boss A nama yang tidak asing lagi dari industri minyak wangi.

SugarBomb telah ditubuhkan pada tahun 2017 oleh seorang pemuda yang bernama Ahmad Azhari atau lebih dikenali sebagai Boss A, beliau menubuhkan SugarBomb ketika pulang dari United Kingdom, Bristol tempat pengajiannya.

 

Bermula di belakang rumah hanya dengan 3 orang pekerja, 5 orang pengedar, 300 botol perfume pada tahun 2017, kini tahun 2021 mempunyai hampir 220 orang pekerja, 10,000 pengedar seluruh Malaysia dan penghasilan lebih 30 juta botol perfume dalam masa setahun dan mempunyai

1 Pejabat Urusan, 2 Gudang, 3 Kilang Pembuatan dan 1 Research & Develepoment Centre (R&D).

 

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana Boss A membangunkan bisnes yang sangat luar biasa ini. Siapa sangka ianya hanya bermula dengan modal serendah RM15 ribu sahaja. Modal ini hasil yang telah Boss A dapatkan ketika berniaga kecil-kecilan sewaktu di United Kingdom. 

Perjalanan untuk mendapatkan modal serendah 15 ibu itu tidak semudah yang disangka. Pelbagai jenis pekerjaan yang dilakukan ketika berada di United Kingdom antaranya menjadi seorang pemandu pelancong, menjadi tukang cuci pinggan di sebuah restoran dan menjadi seorang pencuci tandas. Namun, impian dan minat yang sangat besar kepada perniagaan membuatkan beliau terus berusaha untuk mengumpul modal tersebut.

Satu kepercayaan yang sering dilakukan oleh Boss A ialah 'Siapa yang berusaha pasti akan berjaya' membuatkan Boss A menjadi seorang yang sangat disiplin dalam membuat sesuatu perkara. Kini, Boss A terus membesarkan lagi empayar SugrBomb dalam memastikan Boss A dapat memberikan satu pengalaman baru kepada masyarakat terhadap wangian dan membantu lebih ramai orang untuk menjana pendapatan bersama SugarBomb.